Cute Purple Pencil

Friday, 15 November 2013

RASA HATI

Ya ALLAH
Sudah sekian lama aku terleka
Dibuai mimpi juadah duniawi semata-mata
kini, aku tersedar dari buaian kamar
hanya keimanan pengisi hati yang gusar

Ya ALLAH
jika dahulu hidupku penuh dengan kepalsuan
pelbagai ragam menguris agamaku,
kini, aku kembali ke jalan-Mu  Ya Allah,
mencari keinsafan pengubat hati dan jiwa

Ya ALLAH
Setelah pelbagai dugaan menimpa diri ini
Membuat aku tersedar akan kebesaran-Mu
Lalu hati  ini menangis mengenangkan dosaku
Hanya keampuan penghapus dosaku ini

Ya ALLAH
Hanya kepada-Mu aku menyerah
Hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan
Agar dengarlah doa insan yang kerdil ini
Makbulkan doaku, makbulkan doaku Ya Allah






No comments:

Post a Comment