Di
sebalik Tirai Sebuah Pengorbanan dan Kesabaran
Hari Raya Aidiladha
disambut oleh seluruh umat Islam pada hari ke-10,
11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap
tahun. Hari Raya Aidiladha sinonim dengan pengorbanan dan memberi makna yang
amat besar dan signifikan. Perayaan ini merupakan
hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam
menunaikan perintah Allah SWT dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam
memenuhi perintah Allah SWT.
Pengorbanan merupakan perkara yang amat bernilai bagi setiap insan. Perngorbanan
juga membawa erti melepaskan sesuatu yang penting, keinginan atau kesayangan
demi satu matlamat seperti harta benda, masa dan tenaga. Perkara ini dapat di lihat
melalui pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah SWT supaya
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Ismail a.s merupakan zuriat tunggal
dan anak kesayangan Nabi Ibrahim a.s. Namun begitu, dengan penuh keredhaan dan
kepatuhan kepada Allah SWT beliau sanggup menyembelih anaknya sendiri.
Pengorbanan ini menjadi titik noktah dan diabadikan melalui ibadat haji dan
korban pada setiap tahun.
Kesabaran pula membawa erti sifat Istiqomah yang disertai dengan
ketakwaan. Manusia yang beriman sering diuji dengan pelbagai halangan dalam
mengerjakan ibadat Allah SWT namun begitu, dengan keimanan yang sentiasa
tersemat didada mereka boleh bersabar dan menghadapi halangan tersebut dengan
redha. Begitu juga dengan kisah Nabi Ismail a.s, beliau dengan penuh kesabaran
sanggup mengorbankan diri apabila ayahnya mendapat perintah allah supaya
menyembelihnya. Kesabaran yang ada pada diri beliau menunjukkan keperibadiannya
yang sebenar iaitu seorang yang patuh kepada Allah SWT dan ibu bapanya.
Hari Raya Aidiadha telah menyaksikan satu pengorbanan dan kesabaran
setiap insan. Dengan kepatuhan kepada Allah SWT menyebabkan manusia sanggup
berkorban dan bersabar dalam melaksanakan suruhan_NYA. Pengorbanan juga
menuntup kita melepaskan sesuatu demi kebaikan dan kebahagian. Sebagai umat Islam,
hargailah satu pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh keluarga, rakan dan
insan yang menyanyangi kita. Kita juga perlu melakukan sesuatu dengan penuh
kesabaran.
your information very important to me
ReplyDeleteyour information very important to me
ReplyDelete