Terlebih
dahulu saya mahu memperkenalkan diri ini, nama saya Nurul Hasnizan bt Ramali
atau lebih dikenali dalam kalangan rakan-rakan Anis. Saya tinggal di Kota Bharu
Kelantan. Sekarang ini saya sedang belajar di Universiti Utara Malaysia di Kedah
Kerjaya pensyarah amat sesuai dengan saya kerana saya mahu mencurahkan ilmu pengetahuan yang saya pelajari selama ini kepada orang lain. Kerjaya pensyarah amat mulia kerana dapat memberi ilmu yang berguna di samping memberi nasihat kepada pelajar. Saya juga suka membantu kawan-kawan saya apabila mereka mengalami masalah dalam pelajaran, hal ini menjadi titik permulaan bagi saya memilih kerjaya pensyarah kelak.
Selain itu, bidang ini juga menjadi pilihan saya kerana saya mahu mengikuti jejak langkah abang saya, beliau juga menjadi seorang pensyarah di Matrikulasi Gopeng Perak. Beliau selalu mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh agar menjadi sepertinya. Beliau merupakan idola saya untuk saya memilih bidang ini. Saya yakin bahawa suatu hari nanti saya akan mengikut jejak langkahnya dan saya akan dapat menjadikan kehidupan keluarga saya lebih baik kelak.
Kerjaya
ini akan menjadi kerjaya saya apabila tamat belajar nanti. Saya mahu membantu
anak bangsa jika saya mendapat kerja ini. Saya mahu mecurahkan segala ilmu
selama saya berada di universiti. Saya juga mahu membantu keluarga di kampung
dan membina keluarga yang bahagia nanti dengan gaji yang saya dapat nanti. Oleh
itu, pada masa ini saya akan belajar bersungguh-sungguh agar cita-cita saya
mahu menjadi warga pendidik tercapai. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment