Kadar
pengganguran dalam kalangan siswazah semakin hari semakin mencapai tahap
membimbangkan. Kira-kira 150,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT)
tempatan menamatkan pengajian setiap tahun iaitu meliputi 80,000 lepasan
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan baki 70,000 orang dari institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS). Hal ini memberi kesan secara langsung kepada
mereka dalam proses pencarian pekerjaan
sama ada sektor swasta mahupun sektor kerajaan.
Pada
masa ini, ramai dalam kalangan mahasiswa terlalu memilih perkerjaan. Mereka tidak
mahu dan malu melakukan pekerja yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka
sebagai contoh berkerja sebagai kerani, juru jual, dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan rata-rata dalam kalangan mahasiswa lebih rela menganggur daripada
melakukan kerja tersebut.
Selain
itu, pengangguran dalam kalangan mahasiswa juga berlaku disebabkan oleh
pertambahan bilangan siswazah. Hal ini demikian kerana kewujudan universiti awan
dan swasta seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan kewujudan universiti ini
telah menyebabkan pasaran kerja pada masa ini kian terhad. Hal ini di sebabkan
oleh majikan mengambil pekerja yang berkelayakan sahaja untuk mengisi
kekosongan dalam syarikat mereka.
Dalam
membendung pengangguran ini, pihak kerajaan perlu mencari inisiatif bagi
mengatasi masalah ini. Hal ini untuk
mengelakan pembaziran sumber manusia dan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Permasalahan
ini juga perlu ditangani dengan segera untuk menjana perkembangan ekonomi
negara pada masa akan datang.
mslah ini akn trus menjadi isu msa akan datang..
ReplyDeletemslah ini akn trus menjadi isu msa akan datang..
ReplyDeletememang banyak pengganguran sekarang..
ReplyDelete