Malam
semakin menjelma. Ibu dan ayahku kelihatan risau memikirkan kak Timah yang
belum pulang ke rumah lagi. Ibu tercegat di muka pintu menunggu kat timah dengan
wajah yang penuh kerisauan. Aku dari tadi senyap seribu bahasa di dalam bilik.
Aku kuatir jika kak Timah tidak akan pulang lagi ke rumah. Aku bermonolog
seketika “Ahh..jika aku tak berkata sedemikian kepada kakakku semua ini tidak
akan berlaku”. Dengan tiba-tiba, air mataku jatuh membasahi pipi.
Aku
mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada pagi tadi. Pada pagi itu, aku ke
dapur kelihatan kak Timah sedang leka memasak. Dengan wajahku yang masam, aku
laung ke arahnya dengan nada suara yang tinggi kepada kak Timah “kak timah!!!
Kenapa tak basuh baju ni lagi? dah tahukan aku nak pakai baju itu esok, kau ni
memang lembaplah!!sebab tu ayah dan ibu tak sayang kat kau” kataku. Dengan
perasaan yang sedih, kak Timah lantas berhenti memasak dan terus masuk ke dalam
bilik. Selepas kejadian itu, aku keluar untuk berjumpa dengan kawanku.
Aku
tergaman apabila ayah mengetuk bilikku. Aku terus bangun lalu membuka pintu,
terserlah wajah tua yang penuh kerisauan “Ada apa ayah? kataku. “Ayah dan mak
nak cari kakak ni, kakak belum pulang lagi. Adik nak ikut ayah tak? Kata
ayahku. Aku terkejut dengan kata-kata ayah tadi. Terasa panas dadaku mengingat
perkara yang berlaku petang tadi namun, aku
mengeleng kepala tanda tidak mahu pergi.
Kenderaan
ayah sudah berlalu pergi. Aku mengeluh lalu baring di atas katil lantas
terlelap seketika. Malam sudah menjelma pagi, aku tersedar apabila kedengaran
orang sedang berbual-bual di ruang tamu. Aku menghampiri ruang tamu tersebut
dengan perasaan ingin tahu lalu aku terkejut
melihat kakak bersama ayah dan mak sedang berbual-bual. Sepantas kilat,
aku terus memeluk kakak dan menangis semahunya. Kak Timah membisikan sesuatu di
telingaku “ kakak sudah maafkan adik” katanya. Aku tersenyum walaupun hatiku
sedih mengenangkan kejadian tersebut. Sejak hari itu, hubungan aku dan kakak menjadi semakin baik dan aku bersyukur kerana
kami sekeluarga hidup bahagia.
No comments:
Post a Comment