Nilai-nilai
yang Diterapkan Konsep 1Malaysia dalam Menyatupadukan Kaum
Konsep
1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana
Menteri , YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul
Razak. Konsep 1Malaysia juga bertepatan dengan slogan “Rakyat
Didahulukan Percapaian Diutamakana. Dalam konsep 1Malaysia telah menerapkan
lapan nilai penting untuk menjamin
perpaduan masyarakat antaranya ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetian,
meritokrasi, pendidikan, intergriti dan budaya kecemerlangan.
Masyarakat
di Malaysia mempunyai pelbagai kaum. Dengan tercetusnya konsep ini dapat
meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana mereka diterapkan budaya penerimaan di antara
kaum. Budaya penerimaan ini akan menjadikan masyarakat mendapat persetujuan bersama apabila terdapat
perkara yang melibatkan semua kaum. Hal ini memberi kesan positif kepada negara
iaitu dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Masyarakat di negara ini juga
dapat meneruskan hidup secara aman dan harmoni tanpa melibatkan pertumpahan
darah dan merugikan bangsa dan negara.
Selain
itu, nilai-nilai konsep 1Malaysia juga adalah rendah diri. Sebagai seorang
muslim sikap rendah diri perlu ada dalam diri mereka. Hal ini demikian sikap
tersebut melambangkan jati diri seseorang terutama orang islam. Masyarakat
Malaysia juga perlu mempunyai sikap rendah diri, hal ini kerana dapat
menjadikan seseorang individu menghormati individu lain dan secara tidak langsung dapat mengelakkan permusuhan.
Dengan adanya nilai ini juga akan memperkukuhkan perpaduan dalam setiap bangsa
dan hubungan dengan bangsa lain menjadi semakin erat.
Konsep
1Malaysia harus dipegang teguh oleh semua rakyat di negara ini. Hal ini
demikian kerana konsep ini akan membawa
nilai aspirasi untuk memperkukuhkan perpaduan di negara ini. Rakyat di negara
ini juga dapat menikmati bersama tanpa ada pergaduhan dan masyarakat yang lain tidak akan dipinggirkan untuk menikmati
pembagunan dan pembelaan kerajaan. Keupayaan membina negara yang berjaya juga berpegang kepada perkongsian
nilai yang telah diterapkan.
No comments:
Post a Comment