Cute Purple Pencil

Wednesday, 2 October 2013

PAHLAWAN


Pahlawan
Engkau adalah pejuang kemerdekaan
Jiwamu kental melawan penjajah
Tiada erti takut pernah terluah
Membawa kemenangan di persada negara

Pahlawan
Budi dan baktimu disanjung tinggi
Jitu semangatmu, tergambar wajahmu
Menumpas pengkianat tanpa jemu
Menjulang kemerdekaan adalah matlamatmu

Pahlawan
Deritamu tidak pernah siapa  tahu
Pahit gentirmu tersirat dalam wajah yang syadu
Meninggalkan isteri dan anak dengan penuh kerinduan
Demi memperjuang negara tercinta


KONSEP 1 MALAYSIA



Nilai-nilai yang Diterapkan Konsep 1Malaysia dalam Menyatupadukan Kaum

Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh  Perdana Menteri , YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul  Razak. Konsep 1Malaysia juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakana. Dalam konsep 1Malaysia telah menerapkan lapan nilai penting  untuk menjamin perpaduan masyarakat antaranya ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetian, meritokrasi, pendidikan, intergriti dan budaya kecemerlangan.

Masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai kaum. Dengan tercetusnya konsep ini dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana  mereka diterapkan budaya penerimaan di antara kaum. Budaya penerimaan ini akan menjadikan masyarakat  mendapat persetujuan bersama apabila terdapat perkara yang melibatkan semua kaum. Hal ini memberi kesan positif kepada negara iaitu dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Masyarakat di negara ini juga dapat meneruskan hidup secara aman dan harmoni tanpa melibatkan pertumpahan darah dan merugikan bangsa dan negara.

Selain itu, nilai-nilai konsep 1Malaysia juga adalah rendah diri. Sebagai seorang muslim sikap rendah diri perlu ada dalam diri mereka. Hal ini demikian sikap tersebut melambangkan jati diri seseorang terutama orang islam. Masyarakat Malaysia juga perlu mempunyai sikap rendah diri, hal ini kerana dapat menjadikan seseorang individu menghormati individu lain dan secara  tidak langsung dapat mengelakkan permusuhan. Dengan adanya nilai ini juga akan memperkukuhkan perpaduan dalam setiap bangsa dan hubungan dengan bangsa lain menjadi semakin erat.

Konsep 1Malaysia harus dipegang teguh oleh semua rakyat di negara ini. Hal ini demikian kerana  konsep ini akan membawa nilai aspirasi untuk memperkukuhkan perpaduan di negara ini. Rakyat di negara ini juga dapat menikmati bersama tanpa ada pergaduhan  dan masyarakat yang lain  tidak akan dipinggirkan untuk menikmati pembagunan dan pembelaan kerajaan. Keupayaan membina negara yang  berjaya juga berpegang kepada perkongsian nilai yang telah diterapkan.



TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Pengukuhan Sistem Pendidikan dengan Penglibatan Guru dan Pelajar

Perancangan Transformasi Pendidikan Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib  Tun Abdul Razak. Transformasi Pendidikan Negara dilaksanakan pada tahun (2013-2025) dan mempunyai tiga fasa dalam pelaksaannya. Fasa pertama dilaksanakan pada tahun (2013-2015), fasa kedua pula dilaksanakan pada (2016-2020) dan fasa ketiga adalah (2021-2025).

Dalam fasa pertama, Transformasi Pendidikan Negara (2013-2015) menekankan aspek kemahiran guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran seseorang guru amat penting dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Dengan adanya transformasi ini juga memberi peluang kepada guru menjalani latihan kemahiran secara berterusan.  Kemahiran teknik pengajaran yang berkesan membolehkan seseorang pelajar mudah memahami dan berminat untuk terus mengikuti proses pembelajaran.

Selain itu, Transformasi Pendidikan Negara (2013-2015) juga  memberi penekanan kepada pelajar terhadap penguasaan bahasa inggeris. Pemulihan secara menyeluruh terhadap pelajar dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira dititikberatkan supaya mereka mendapat tempat dalam kalangan rakan mereka. Hal ini dapat menangani masalah penguasaan bahasa inggeris dan bahasa melayu dalam kalangan pelajar sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah.

Transformasi pendidikan Malaysia akan mencapai tahap perubahan yang positif jika usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian secara menyeluruh. Akademik pelajar di setiap sekolah-sekolah juga dapat ditingkatkan jika semua pihak yang terlibat memainkan peranan mereka dengan giat.